Apa yang aku buat sepanjang 2003?
Tadi beboring, aku baca emel aku yang lama-lama dalam akaun yahoo aku. Aku pon baca daripada yang terakhir sekali iaitu pada tahun 2000 (aku mule gune internet tahun 1997/1998, tapi aku gune email.com, aku jadi pelanggan yahoo start tahun 1999/2000). Terkenanglah kembali nostalgia kisah dulu kala, tahun 2000 aku buat apa, 2001.. tup sampai tahun 2003, langsung takde emel. Terus loncat ke tahun 2004. Hmm… aku la ni tengah pening, ape yg aku buat sepanjang 2003 ye sampai takde emel langsung. Mustahil org cam aku x gune komputer/internet selama setahun (korang lebih kenal aku kan?). Anyway.. nanti aku cek balik nota kuliah aku & sijil2 aku kat umah hehe… Kalo korang nak tlg mengingatkan kembali ingatan aku ok jugak, tapi janganla reka2 cerita.. huhu.. macam hilang ingatan plak aku ni..
K la.. TQ olin, bg lirik lagu bawah ni. Lame dah aku cari lagu ni sejak matrik lagi. Dulu aku download kat internet versi real player, pastu ntah mane cd tu aku letak.. lame tak dengar lagu ni. Sesape ade MP3 lagu nasyid bawah ni boleh la kirim kat aku.
Tajuk : Jendela Hati
Album : Berlabuhnya Malam
Munsyid : Suara SMAKL
http://liriknasyid.com
Berlabuhlah malam
Pabilakan sampai waktunya
Fajar subuh mula menyeri
Sinar sang suria
Sudah sunnatullah
Mentari terbit diiring siang
Bintang berkerlipan
Menyinari keindahan malam
Perjuangan hidupku
Hanya memburu cita yang satu
Dan kebahagiaan
Akan kuburu walau di mana
Walaupun sengsara
Putus asa tiada sekali
Kerna ia adalah
Keredhaan dari Tuhanku
Jikalah Islam di puncak tinggi
Akan kuterus jua mendaki
Jika ia di hujung dunia
Kerna Islam kuterus berjuang
Solo : Idzhar
Lagu : Salleh
Lirik : Abu Dehya
December 22nd, 2005 at 4:36 am
Ko diculik alien…
Jeng jeng jeng 4400
December 27th, 2005 at 9:27 pm
ye, saya pun setuju gak
January 5th, 2006 at 6:28 pm
aku dah cek dah. hehe.. cemane korang boleh tau aku diculik alien? korang ade link dgn diorg ek? huhu.. setahun lebih aku kene culik, last2 dapat gak selamatkan diri… Boleh la aku buat projek yg gempak2… kalu tak, duk dlm ufo je lah. Membazir mase